Join Jalan Kesufian    
 MSN Groups

[NEXT][HOME AMIERA]
AMANAT TUHAN:


AMANAT YANG DI AMANAHKAN DARI TUHAN

PENDAHULUAN

Amanat yang diperkatakan di sini lebih dilihat dari sudut hakikat lagi makrifat. Dengan kata lain ia tidaklah di bincangkan seperti mana yang kita dengar selama ini dari guru-guru atau ustaz-ustaz dan juga mana-mana ulama syarii.

Ceramah-ceramah yang kita ikuti selama ini seperti forum perdana dan kelas-kelas agama yang diadakan di surau atau masjid misalnya tidak banyak mengupas apakah yang dikatakan amanat yang di amanahkan yang menjadi kewajipan bagi setiap insan atau umat menanggung dan memeliharakannya dalam ertikata sebenarnya mengikut taksiran ilmu hakikat lagi makrifat. Kenapa jarang benar ada guru yang sanggup mengupas ilmu hakikat lagi makrifat di mana-mana. Adakah kerana sudah kenyang? Atau takut!!! mintak jangan dayus!!! dalam memperkatakan ilmu hakikat lagi makrifat.

Rata-rata mereka yang berkedudukan ulama dan guru - guru agama hanya membicarakan atau menyampaikannya secacara lahiriah mengikut kacamata syari'at hal-hal yang berkaiatan amanat yang di amanahkan, baik hubungan manusia dengan tuhan.

Sesungguhnya barang siapa yang diberi ilmu pengetahuan tetapi tidak menyampaikannya mereka ini termasuk orang yang yang suka menyorok kebenaran. Mereka yang di beri ilmu pengetahuan dan menyorok kebenenaran ilmu itu, nescaya dia di laknat oleh Allah baik di dunia mahupun akhirat. Ini kerana kebenaran itu datangNya dari Tuhan SekelianNya yang Berdiri Atas ZatNya.

Samada mereka sedar atau tidak , ada segelintir ulama-ulama dan ustaz-ustaz ini tidak berani memperkatakan apa yang dikatakan amanat yang di amanahkan. Ada kaitannya dengan jawatan dan kedudukan. Andainya ini terjadi, kedudukan mereka sebagai ulama boleh di persoalkan dan yang rugi umat Islam seluruhnya dari aspek kebenaran ilmu. Apa yang mengecewakan ada segelintir cendekiawan Islam yang mendakwa mereka ulama malah berani pula mengeluarkan fatwa kononnya fatwa yang terdahulu sudah tidak sesuai lagi dengan masa dan zaman. Jika masa dan zaman diambil kira,lebih baik kita pakat buang Al Quran dan sunnah kerana Al Quran tidak turun pada masa dan zaman kita sekarang. Pakat belaka jalan Ijtihad!!. Betul ke cara begini? Berani sungguh orang sekarang mendakwa mereka ulama sedang kriteria-kriteria ulama tidak mereka penuhi untuk mereka dikatakan ulama. Ini bohong namanya. Jika asas yang kita bina itu bathil, biarpun atas nama haq sekalipun ia tetap bathil. Biarpun ianya dipenuhi dengan keindahan syariat. Syariaat apa yangdidirikan atas nama kebohongan.SIAPA YANG LAYAK AMBIL IJTIHAD?

Sewajarnyalah mereka yang bergelar ulam tidak membiarkan diri mereka menjadi alat untuk kepentingan peribadi lebih -lebih lagi dalam memperkatakan amanah. Amat menyedihkan lagi ulama hari ini sengaja seperti minta dan sengaja membiarkan diri mereka di eksploitasi oleh pemerintah tidak kira apa fahaman sekalipun untuk kepentingan peribadi atas nama parti, bangsa,dan agama.

Sebaliknya hakikat sebenar amanat yang diamanahkan yang kita datang dari Tuhan Dialah Allah Yang berdiri atas ZatNya dan kembali kita Kapada dia iaitu diri rahsia yang menjadi amant di di kupas selayaknya.Biar saya ulan berkali - kali perkara ini. Biar semua faham. Biar semua sedar. Dan kepada Dia juga yang berserah.

.................................Walikutub....................................3/8/2004

.................................AMANAH...........................................

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya TIADA YANG NYATA HANYA ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

Perlu diingatkan perbicaraan mengenai amanat yang menjadi kewajipan kita untuk memelihara dan menjaganya hendaklah di lihat pada jalan kesufian LANTARAN AMANAT ITU DATANGNYA LANGSUNG DARI TUHAN YANG MENCIPTA LAGI MEMATIKAN.

APA ITU AMANAH?

Secara umumnya yang dikatakan AMANAH itu ialah perintah dan larangan tuhan yang menjadi rukun dan hukum dalam Islam serta menjadi kewajipan umat meninggalkan perkara-perkara yang ditegah iaitu yang keji lagi mungkar. Amanah inlah yang dikatakan amanat dari tuhan.

Namun; HAKIKAT SEBENARNYA YANG DIKATAKAN AMANAT ITU ADALAH DIRI RAHSIA YANG DI AMANAHKAN KEPADA SETIAP ANAK ADAM MENANGGUNGNYA. SESUNGGUHNYA DIRI RAHSIA INILAH YANG DIKATAKAN ROH.

Seperti maksud hadis qudsi ayat;

"Manusia itu adalah rahsiaKU, dan Aku adalah rahsia manusia itu".

Soalnya:

Persoalannya darimana datangnya amanat yang diamanahkan, kenapa kita menanggunnya danuntuk apa kita dizahirkan di dunia ini serta kemana perginya amanah yang dia amanatkan kepada setiap yang bernama manusia.

1.ASALNYA AMANAT YANG DI AMANAHKAN

Aku ingin mengajak seluruh insan terutamannya umat Islam tidak kira apa darjat atau kedudukan mereka, menyelak apa yang dikatakan amanat yang di amanahkan dalam konteks hubungan manusia denagan Tuhan iaitu Zat Yang Mencipta Yang Berdiri Sendiri.

Mengikut ilmu hakikat lagi makrifat yang dikatakan Amanat ialah diri rahsia atau batin yang(roh) di kandung oleh jasad. Diri rahsia inilah yang dikatakan amanah yang ada pada setiap anak Adam. Asalnya diri rahsia ini iaitu roh ini bersih lagi suci dan selayaknyalah ia di kembalikan dalam keadan molek lagi suci pula(fitrah) sebagai asalnya mula.

Kesimpulanya apa yang dikatakan amanat itu adalah sesuatu yang datang dari tuhan dan selayaknyalah kembali dia semula asalnya mula tuhan.

2.Untuk apa kita di zahirkan di muka bumi ini.

Setelah kita mengetahui asal amanat yang di amanahkan pada setiap anak Adam, mari kita lihat untuk apa kita di zahirkan di muka bumi ini.Dan kemudian kita lihat kemana perginya amanat dan akhir sekali untuk apa kita mengembalikan semula amanat yang dikatakan amanah yang datang dari Tuhan untuk di tanggung oleh manusia. Sesungguhnya manusia adalah makhluk pilihan Allah untuk menanggung amanah kerana manusia itu adalah makhluk yang dicipta sebaik- baik kejadian. Lantaran apabila d tawarkan amanah Tuhan ini tidak ada satu pun yang menyanggupinya termasuk gunung-ganang lautan,langit, malaikat melainkan manusia yang menyanggupinya.

Firmannya;

Lakhad khalaknal insanafi ahsanitakwin.

................................................Surah At-Tin

terjemahannya;

Sesungguhnya aku jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

...bersambung

Wakikutub/01

NEXT