PAGE-3
BACK

> HABLUMMINALLAH-HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH


1.SHAHADAH

Shahadah merupakan pengakuan menyaksikan bahawa Tuhan itu Esa dan Mohammad itu adalah Rasul Allah melalui dua kalimah shahadah. Dua kalimah shahadah terkandung ia di dalam kalimah Tauhid iaitu terbahagi ia kepada dua ;

1.1 TAUHID TUHAN

iaitu:

ASHADUAL LAILA HA ILLALLAH

ertinya; Aku Menaik Saksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah

Iaitu dimana kita menafikan tentang kewujudan sesuatu yang bersifat baharu iaitu makhluk dan mengisbatkan segalanya hanya pada YANG TENTU MENENTUKAN IAITU ALLAH TAALA.Dengan kata lain kita menyaksikan tida tuhan yang selayaknya melainkan Allah sahaja.Dalam pada itu kita menyaksiakan Allah itu wujud iaitu ada.
Oleh itu jatuh hujung kalimah tauhid tuhan yang diambil kira ialah;
Tiada yang Nyata Hanya Allah
Hanya Allah saja yang Nyata pada alam kabir dan alam saghir. Manakala yang lain semuanya binasa.Bumi, laut, langit bintang,bulan, matahari,manusia,haiwan, tumbuh-tumbuhan, semuanya akan binasa bila sampai masa yang ditentukan oleh yang menentukan.

1.2 TAUHID RASUL

Waashaduanna Muhammadu Rasulluallah

Merupakan kalimah yang ke dua dari dua kalimah shahadah dalam menyatakan tauhid rasul iaitu. Maknanya:

Dan Aku Menaik saksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah: dimana kita mengambil saksi serta mengakui bahawa Muhammad itu adalah Utusan,pesuruh,penyampai,penghubung dan pengantara.

Jadi pada shahadah ini terdapat 2 kalimah shahadah iaitu Tauhid Tuhan dan Tauhid Rasul.Kedua -duanya tidak boleh di pisahkan. Jika berpegang pada tauhid Tuhan semata - mata salah, begitu juga jika berpegang pada tauhid rasul saja pun salh sebab tidak genap. Jadi tanda Islamnya sesorang itu adalah bila mengaku menyaksikan kedua-dua Tauhid yang di baca pada satu ayat tanpa ada noktah atau berhenti pada satu nafas iaitu;
Ashadual La illaha illa Allah wa ashaduanna Muhammadul Rasullullah
Aku Menaik Saksi Tiada Yang Nyata Hanya Allah Dan Muhammad Adalah Penyampai Risalah Allah.

DALAM MEMPERKATAKAN TAUHID

Dalam memperkatakan tauhid ianya terbahagi kepada dua iaitu iaiya terbahagi kepada dua iaitu Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Oleh itu Tauhid Rububiyyah adalah memperkatan tentang naluri kemanusiaan yang tidak lepas dari Ketuhanan. Semua manusia pada nalurinya meyakini adanya Tuhan. Bila ini terjadi bermakna orang ini ada Tauhid Rububbiyah.

Bila kedudukan khalaq itu jelas dan nyata pula Khaliq itu , maka bersaksilah khaliq tadi"LA ILLAHA ILLAH" Tiada Tuhan Melainkan Allah iaitu satu janji taat setia antara hamba dan Tuan iaitu Tuhan AlKhaliq. Maka bermula dari sinilah kita sudah ambil janji dengan Tuhan untuk memelihara Amanah iaitu Shahadah.

Sepert firmanya bermaksud;

"Tidaklah Ku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah(bersaksi) Aku".

Jadi tanda yang kita ini hamba atau khalaq ialah kita sujud iaitu solah. Pada menyatakan solah pada hakikatnya ialah peryaksian antara hamba iaitu jasad dan Tuhan. Bila ini terjadi maka dinamakan ia Tauhid Ulluhiyyah iaitu satu peryataan yang Allah itu bukan saja Wujud iaitu ada, malah kita mengakui betapa perlunya hamba pada Tuhan yang Mencipta Segalanya. Atas keperluan inilah menyatakan itu betapa ia tidak memiliki, tidak berkuasa, tidak berilmu, tidak...tidak.... dalam segala hal melainkan Dia iaitu Allah Taala sahaja yang Maha Memiliki, Maha Menguasai Maha Mengetahui dan Segalanya.

Untuk lebih jelas perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah ialah;
a)Tauhid Rububiyyah ini ada pada tiap manusia. Iaitu sememangnya naluri kemanusiaan tidak dapat menafikan betapa kita lemah dan tak berdaya dan memerlukan yang lebih kuat Maha Berkuasa dan Maha Kaya iaitu Allah S.W.T.
b)Jadi Tauhid Rububiyyah tidak menjanjikan adanya Islam dan Iman. Waimma orang kafir sekalipun percaya adanya tuhan tetapi mereka tidak Islam dan tidaklah pula dikatakan Iman.
c)Tauhid Ulluhiyyah adalah melengkapi kepada Tauhid Rububiyyah iaitu meletak dudukkan antara hamba dengan Tuhan.
d)Bukan setakat meyakini adanya tuhan malah kita taat atas perintah dan larangannya setelah kita mengakuinya melalui shahadah.

Dalam Ilmu Tauhid, pengertian tauhid tidaklah sederhana itu, malah iainya mempunyai pengertian yang jauh lebih dalam. Didalam Al-Quran-NurKariem di dapati ada 2 kalimat tenetang Tuhan. Pertama kalimat Rabb dan kedua ka "Ilaah. Di dalam ayat "Alhamduliilahi Rabbilalamien", terdapat kalaimat Rabb untuk Tuhan sedangkan kalimat "Wailahukum ilahun wahid" terdapat kata "Ilaah untuk Tuhan. Sebab itu oleh ulama-ulama dan Ahli Tauhid mengklafikasikan 2 macam Tauhid.

Tauhid pertama Tauhid Rubiyyahberasal dari "Rabb" dan kedua Tauhid Ulluhiyyah berasal dari kalimat "Ilaah. Rabbulalamien ertinya Tuhan yang menciptakan seluruh alam Maha sempurna Dia dari sifat kekurangan sebab itu Tauhid Rubbubiyyah dapat diertikan dengan Tauhid ciptaan sedangkan "Ilaah ertinya adalah Tuhan sesmbahan, sebab itulah Tauhid Uluhiyyah ertinya sesembahan iaitu khaliq mengakui menyaksikan Khalaq adalah Tuhan atas sifat memerlukan.

Lantaran itu belumlah sempurna Tauhid seseorang itu jika hanya ada satu Tauhid iaitu Rububiyyah sebaliknya mesti lengkap dengan Tauhid Uluhiyyah. Dengan kata lain Tauhid Uluhiyyah pembuktian hamba seperti sujud, solat, puasa,dan zikir serta mengembalikan diri kepada Tuhan Ciptaan .

Previous