Oleh : SH.NADZIR AS SAGHIR Status : Sulit
Jalan syariaat adalah hal- hal berkaitan dengan aturan ibadat dan kehidupan.Oleh itu ianya tidal lari dari memperkatakan soal pahala, dosa, haram halal, harus ,wajib,mubah dan juga perkara - perkara ghaib seperti barzakh, masyar, surga dan neraka.Banyak amal maka banyaklah pahalanya, banyak pahala maka mudahlah masuk ke surga .Begitu juga kalau banyak buat jahat hukumnya haram ,maka banyaklah dosa ,banyak dosa maka nerakalah tempatnya di akhirat nanti. Inilah yang dikatakan Jalan Syariaat. Selain dari solat fardu, banyakkan solat sunat, kemudian zikir, tahmid, dan takbir dan disudahi dengan doa. Dengan aturan yang sebegini apa lagi di jaga pula tertibnya pasti banyaklah pahala yang Allah beri seperti yang di janjikan.
Jadi amal dan pahala seperti seiring pada jalan syariaat. Lantaran itulah kita perlu perbanyakkan amal ibadat baik yang fardhu mahupun yang disunatkan. Kerana ia adalah kewajipan dari setiap lelaki dan perempuan sebagaimana yang digariskan oleh Quran dan Hadis.
Oleh itu Tuhan melalui Malikat Jibrail menurunkan wahyu kepada Mohammad yang di pilih sebagai Rasullah untuk mengatur hal - hal berkaitan ibadat dan kehidupan. Maka aku namakan ini Jalan Syariaat. Untuk itu aku bahagikan ia kepada dua perkara pokok iaitu;
HAK A.Hablum Minallah
HAK B.Hablum Minnas
HAK A.
HABLUMMINALLAH
Hubungan Manusia Dengan Allah
Perkara di atas dinamakan rukun Islam termasuk dalam perkara - perkara yang berkaitan dengan syariaat iaitu yang di perintah oleh Tuhan SekelianNya ke atas manusia di muka bumi.
Rukun Iman terbahaginya kepada 6 perkara;
6. Percaya pada Qada dan Qadar
Oleh itu, jelas dalam memperkatakan Hablumminnallah iaitu Hubungan Manusia denagan Tuhan, tidak boleh tidak dua perkara asas perlu ada iaitu Islam dan Iman. Maka itu di gariskan supaya ianya dijadikan rukun iaitu aturannya Rukun Islam dan Rukun Iman. Keduanya tidak boleh dipisahkan.Umpama jasad dan rohnya termasuk urat dan nadinya agar ia dapat berfungsi.
SEKIAN
SH.NADZIR AS SAGHIR
AL-MUHAQQI BILLAH
|